WristPC adalah perintis konsep yang menggabungkan semua fungsi
komputer, mampu mengendalikan semua keperluan penting pengguna sepanjang
hari. Komputer peribadi ultra mobil ini dapat dipakai di pergelangan
tangan seperti jam tangan.
Ia membenarkan pengguna untuk terus sambung ke laman web bila-bila masa,
di mana-mana sahaja. Konsep WristPC ini berfungsi dengan paparan 3.5
inci skrin sentuh ditambah pad kekunci di sebelah bahagian gelang
tangan. Penggunanya boleh meletakkan panel paparan pada sudut yang
berlainan untuk membuatkan skrin itu menghadap muka pengguna apabila
peranti digunakan untuk SMS atau GPS.
Fon telinga tanpa wayar boleh dengan mudah dicabut dari bahagian gelang
tangan dan boleh digunakan untuk membuat panggilan persidangan, menonton
video ketika dalam perjalanan dan mendengar muzik. Bahan getah pada gelang tangan menawarkan cengkaman yang selesa untuk pemain permainan komputer.
Pereka: Saharudin Busri, Mohd Nizam Najmuddin, Mohd Rohaizam Mohd Tahar, dan Nuzairi Yasin
Kalau tak silap saya, perekabentuk-perekabentuk ini dari Malaysia. Mereka menyerahkan rekaan konsep ini ke tuvie.com.
menarik. mau beli ah
BalasHapus